Webiner x Kesejahteraan Kendiri – Maniskah Anda? – Pendekatan Menangani Diabetes

20 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Kesejahteraan Kendiri – Maniskah Anda – Pendekatan menangani Diabetes yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah menangani penyakit kencing manis bagi penjagaan kesihatan diri sendiri.

Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Dr. Parthevan yang merupakan pelatih gaya hidup diabetes. Dalam sesi perkongsian ini, beliau telah menjelaskan mengenai apa itu diabetes, faktor risiko, tanda-tanda diabetes, tahap diabetes, kaedah rawatan dan tip-tip untuk hidup secara sihat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali